4 KESILAPAN YANG PENIAGA SERING LAKUKAN DALAM MENGELUARKAN MODAL PERNIAGAAN

 In Blog

Ingin memulakan perniagaan?

Tunggu! Pastikan anda sudah bersiap sedia dari segala ilmu tentang PERNIAGAAN dan KEWANGAN jika tidak mahu bisnes anda itu lingkup dalam jangka masa yang pendek!

Perkara utama dalam memulakan perniagaan ialah adakah perlu mengeluarkan modal bisnes. Seringkali terjadi kepada peniaga yang gagal mengenalpasti kos yang diperlukan sekaligus gagal dalam pengurusan modal bisnes masing-masing.

Berikut adalah beberapa kesilapan yang sering peniaga lakukan dalam mengeluarkan modal untuk bisnes mereka.

Antaranya:

#1 Mindset bisnes perlukan MODAL BESAR

Ramai peniaga yang berfikiran seperti ini termasuklah saya. Bila terlalu memikirkan pasal modal besar, mulalah nak tangguh bisnes sebab tidak cukup modal kerana ingin menampakkan bisnes yang kita buat itu gah. Sebaiknya, mulakan dengan apa yang ada didepan mata. Peniaga sangat digalakkan untuk tidak membuat loan atau lain2 pinjaman untuk mulakan bisnes.

 

#2 Tidak melakukan PENYELIDIKAN secukupnya sebelum memulakan bisnes

Peniaga yang baru sering melakukan kesilapan seperti ini yang mana mereka yakin bahawa ilmu yang mereka perolehi sudah mencukupi. Tetapi mengapa bisnes mereka semakin hari semakin sepi?

Penyelesaiannya, mereka perlu mengkaji dengan lebih teliti tentang bisnes mereka, seperti mengetahui USP bisnes mereka, mengkaji kos perniagaan yang tersembunyi, mengkaji pesaing yang ada dan market share untuk bisnes mereka.

Segala usaha kecil dalam kajian ini akan memudahkan perjalanan bisnes anda dikemudian hari.

 

#3 Guna ILMU PEMASARAN yang tidak sesuai dengan bisnes

Inilah kesilapan yang sering peniaga baru buat, terlalu mengejar untuk belajar ilmu pemasaran yang kadang kala ilmu tu tidak sesuai dengan bisnesnya. Strategi pemasaran ini sememangnya subjektif dan memerlukan masa untuk kita lihat keberkesanannya, tetapi tanpa ilmu pemasaran yang betul, kita hanya akan buang masa dan duit sahaja.

Duit pemasaran dah banyak keluar…TAPI… Hasilnya menyedihkan!

Cuba belajar beberapa medium atau saluran (channel) pemasaran dahulu sebelum mempelajari kesemuanya dalam masa yang singkat. Saluran pemasaran yang berkesan juga berubah-ubah daripada katalog, akhbar, radio, televisyen dan pemasaran internet seperti facebook, Instagram dan google.

Jika anda masih tercari-cari teknik asas pemasaran online, anda bolehlah rujuk ke page Lubuk Shopping China dimana ahli akan diajar asas bisnes online dan asas pemasaran online. Ianya sangat berguna untuk mereka yang masih tercari-cari arah pemasaran.

 

#4 Tidak mendapatkan NASIHAT daripada PAKAR

Tidak mudah sebenarnya untuk memulakan sesuatu bisnes, walaupun bisnes kecil. Banyak proses dan perkara yang perlu dilalui. Jika anda merasa ragu-ragu untuk membuat sesuatu keputusan, sebaiknya mintalah nasihat dan bantuan pakar terlebih dahulu.

TIDAK SEMESTINYA pakar perlulah orang yang betul-betul diiktiraf dalam sesuatu bidang tersebut, boleh jadi mereka yang berada di kalangan rakan-rakan terdekat atau disekeliling anda sahaja!

ATAU rujuk sahaja dari mereka yang telah lama ‘makan garam’ dalam bisnes. Melalui itu, anda mungkin akan dapat ilmu yang baru yang mungkin tidak anda pelajari sebelum ini.

 

Semoga perkongsian tips bagi mengelakkan kesilapan sama berlaku, dapat dipraktikkan ke dalam bisnes anda. Bagi anda yang MASIH BARU di dalam bisnes dan tidak tahu di mana untuk mendapatkan ilmu atau rujukan tentang bisnes, boleh layari lubukshoppingchina.com untuk maklumat lanjut.

Nak lebih mudah, dapatkan e-book dengan pakej baru dari LUNA X melalui FB page lubuk shopping china. Dari situ, anda boleh pelajari bagaimana mulakan bisnes dengan mudah tanpa MODAL. Menarik bukan?

 

MAKLUMAT LANJUT LUNA X >> KLIK SINI<<

NAK TAHU CARA MEMBELI BARANG DIRECT DARI CHINA?
NAK TAHU TEKNIK ASAS PERNIAGAAN?
NAK TAHU TEKNIK PEMASARAN ONLINE?

Recent Posts